Ahad, 17 April 2011

Taklimat Dari BKN ( Biro Kawalan Narkotik )

SUPDGHMS, Rabu, 16 Mac. - Murid-murid Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Haji Mohd Salleh (ptg), berpeluang mengikuti satu sesi ceramah dari Biro Kawalan Narkotik yang diadakan pada sebelah petang.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah Fatihah oleh Cikgu Khairul Anuar bin Zulkifli dan diselajurkan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan Aktiviti, Cikgu Mohd Yussof bin Mohd Noor.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Shahrom bin Hj Abu Bakar Putih, pegawai dari Biro Kawalan Narkotik (BKN). Beliau memulakan sesi taklimat dengan menerangkan Misi dan Visi BKN seterusnya peranan yang dimainkan oleh BKN khususnya dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah di negara ini.


Sebahagian dari murid-murid dan guru-guru yang khusyuk mendengar ceramah dari 'Uncle Om'

Dengan pengalaman interaksi yang ada, majlis petang itu berjalan dengan penuh berjaya..
"Uncle Om, kalau ku menjawab dapat hadiah ni?" 
[mungkin itu yang diperkatakan oleh murid-murid ini]


Dalam sesi ceramah tersebut, beliau menyentuh tentang jenis-jenis dadah yang disalahguna, denda-denda yang berakibat dari penggunaan dan pengedaran dadah serta akibat-akibat yang ditanggong oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Nasihat dan peringatan yang diberikan pada ceramah petang itu telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat warga sekolah tentang buruknya akibat dari terjerumus kedalam najis dadah.


Majlis petang itu diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan dari pihak sekolah.