BAHAGIAN ICT




LAPORAN  BAHAGIAN ICT, SUPDGHMS ( 2011 )


الحمدلله رب العالمين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على رسول الله

 سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أولى الفضل واليقين، والتابعين وتابعيهم بإحسان إلى يوم الدين



Teknologi adalah memainkan peranan penting dalam setiap cabang kehidupan manusia hari ini.  Banyak bidang tugas yang telah diambil alih oleh alatan .  Guru atau pendidik boleh menjadikan alat teknologi sebagai rakan untuk memebantu mereka dalam kerja-kerja bukan sahaja di pejabat tetapi di bilik darjah.

Penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam hendaklah dipergunakan secara meluas di sekolah-sekolah Ugama, kerana ianya dapat membantu dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Teknologi pendidikan ialah cara yang bersistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran dari segi objektif khusus berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan.

Keistimewaan dan kelebihan aplikasi alatan teknologi berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru-guru ugama. Perisian khusus untuk matapelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan alatan teknologi berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai.



Dalam hal ini, Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Haji Md Salleh (sesi ptg) juga tidak ketinggalan mengambil ruang dalam era teknologi maklumat ini. Bahagian ICT berperanan sedaya upayanya dalam sama-sama membekalkan guru-guru dan juga murid-murid khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan-kemudahan ICT.



Struktur Organisasai Bahagian ICT

( Januari – Jun 2011M )



Pengerusi

Cikgu Norhalina binti Hj Amai

Guru Besar, SUPDGHMS



Guru Kanan ICT

Cikgu Rodziyanti binti



Penolong

Cikgu Mohd Yussof bin Mohd Noor



Ahli-ahlinya

Terdiri dari guru-guru rendah bawah dan rendah atas



Bahagian ICT sekolah ini juga mempunyai misi, visi dan objektifnya sesuai dengan kewujudannya di sekolah ini.





Misi

 Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan berteraskan ICT



Visi

 Ke Arah Melahirkan Guru dan Pelajar yang celik IT



Objektif



v  Melahirkan guru-guru dan murid-murid yang boleh menggunakan kemudahan-kemudahan ICT seperti komputer, projektor, mesin cetak dan sebagainya.



v  Memesrakan guru-guru menggunakan perisian Mikrosoft Office Excel dan Mikrosoft Office Words dalam membuat pemarkahan peperiksaan dan ujian serta kerja-kerja sekolah yang formal.



v  Guru-guru menggunakan kemudahan Interaktif White Board (IWB) dalam pengajaran dan pembelajaran secara optimum.





KEMUDAHAN ICT



Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Hj Md Salleh merasa beruntung kerana mempunyai kemudahan-kemudahan lengkap ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di bawah ini disenaraikan kemudahan-kemudahan ICT yang terdapat di sekolah ini.



*      Interaktif White Board ( IWB )

*      Projektor

*      Komputer

*      Mesin Cetak ( Photocopy )

*      Mesin Printer

*      Set Sound System ( Pembesar Suara ) yang lengkap dan terkini.

*      Telefon

*      Kemudahan Wifi ( belum berfungsi )





PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN



1.      Mengadakan kursus-kursus singkat mengenai penggunaan perisian seperti Microsoft Office ( Excel, Words, Power Point, Adobe Photoshope dan sebagainya). Program ini mendapat kerjasama dari Bahagian Perkembangan Staff di sekolah ini.


2.      Menyediakan peralatan-peralatan ICT seperti, Interaktif White Board   (IWB), projektor dan sound sistem bagi majlis tertentu seperti Majlis Khatam Al-Quran dan aktiviti-aktiviti dalaman sekolah



3.      Membantu guru-guru dalam menangani masalah-masalah teknikal dalam penggunaan komputer seperti Printer, Projektor dan Mesin Photocopy.




KESIMPULANNYA


Alat teknologi  ternyata mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi media pengajaran-pembelajaran era moden.  Kehadiran mesin canggih ini banyak membantu proses pengajaran-pembelajaran dan membuktikan dakwaan bahawa ia bukan satu kemungkinan masa depan yang kabur.  Persoalan baru yang timbul ialah "Adakah kehadiran alat teknologi ini akan mengambil alih tugas guru yakni peranan guru sebagai agen penggerak utama aktiviti dalam bilik darjah akan diabaikan?"  Adakah mungkin hal ini akan menjadi realiti?  Apa yang perlu kita sedari di sini, pengajaran bantuan alat teknologi tidak dapat mendekati betapa banyaknya komunikasi guru-murid dan beraneka prosedur  pengajaran yang biasa dilakukan di bilik darjah oleh guru.  Walaupun dengan kemampuan yang beraneka, pengajaran oleh alat ini hanya terhad kepada program yang ditentukan. 


Oleh itu, langkah positif perlu diambil bagi memastikan alat teknologi  ini terus memainkan peranan penting sebagai pengajaran-pembelajaran era moden dan potensinya terus meningkat dan bahagian ICT di sekolah ini akan terus menerus berusaha dalam memperkasa keupayaan guru-gurunya melalui program-program yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, insya Allah.







- Cikgu Mohd Yussof Bin Mohd Noor
  Guru Kanan ICT 2011-2012