BAHAGIAN AL-QURAN


STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN AL-QURAN
SUPDGHMS SESI 2012



Cikgu Jamil bin Hj Moksin
( Guru Kanan Al-Quran - 2011/2012)



الحمدلله رب العالمين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على رسول الله
 سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أولى الفضل واليقين، والتابعين وتابعيهم بإحسان إلى يوم الدين


Dengan adanya lantikan Ahli Jawatan Kuasa pelajaran Al Quran di sekolah ini yang bertujuan untuk melancarkan dan memudahkan lagi perjalanan pengajaran dan pembelajaran Al Quran di sekolah ini, sedikit sebanyak telah membuahkan hasil dan nilai yang cukup signifikan bilamana keputusan ujian bulanan, peperiksaan setengah dan akhir tahun yang baru lalu (2011) berada pada tahap sangat baik. Ini adalah sebagai bukti kesungguhan pemimpin-pemimpin di sekolah ini dalam merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan pembelajaran Al Quran sesuai dengan misi dan visinya.


Gandingan guru-guru baru dan berpengalaman telah turut banyak membantu kearah kejayaan setiap program yang dijalankan khususnya Bahagian Al Quran di sekolah ini. Pelan tindakan jangka panjang yang telah diperkenalkan sebelum ini akan tetap diteruskan dan cuma memerlukan beberapa penambahbaikan serta penyesuaian dari sudut teknikal sahaja.


Bagi pehak sekolah khususnya Bahagian Al Quran amat berharap dan sentiasa menerima dengan hati terbuka sebarang cadangan, teguran dan nasihat yang menjurus kearah kejayaan dan kebaikkan selama mana ianya benar-benar bermanfaat dan mampu untuk meraih kejayaan cemerlang pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan selama ini akan mendapat balasan yang setimpal dan memberkati semua murid-murid bukan sahaja bagi kepentingan peperiksaan mereka tetapi juga apabila mereka telah menamatkan pesekolahan ugama nanti, insya Allah. Amin



Guru Kanan Al Quran,
Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Haji Mohd Salleh (petang)
Kawasan Brunei I
Jabatan Pengajian Islam
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam


- petikan laporan Pengajarah & Pembelajaran Al-Quran 2010