Sabtu, 14 April 2012

Latihan Kecemasan Dan Kebakaran serta Pengosongan Bangunan 2012

SUPDGHMS, Isnin,  9 April 2012 -

Sekolah Ugama Pg DiGadong Hj Mohd Salleh telah mengadakan satu latihan kecemasan dan kebakaran (pengosongan bangunan) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Bomba Sungai Lampai pada hari ini.

Diantara objektif latihan tersebut ialah menguji kecekapan dan kepantasan guru-guru ketika menyelamatkan diri dan murid-muridnya keluar dari bangunan sekolah sekiranya berlaku kecemasan. Disamping itu untuk menguji kecekapan dan kepantasan  pasukan bimba dan penyelamat ketika menyelamat warga sekolah jika berlaku kebakaran disekolah ini.

Latihan kecemasan dan kebakaran (pengosongan bangunan) bermula tepat pujul 2.30 ptg apabila bunyi loceng/siren kecemasan diaktifkan. Pada masa yang sama Fire Marshall  ketika itu ( Cikgu Hjh Halimah binti Hj Bungsu) telah membuat penggilan kecemasan 995. ‘Fire Marshall’ kedua (Cikgu Mohd Yussof) telah membunyikan siren kedua (kerana bunyi loceng kecemasan pertama telah terpadam akibat tiada bekalan elektrik) dan mengarahkan murid Darjah Pra, I, III,  IV, V dan VI keluar melalui Pintu B dan C manakala Darjah II keluar melalui Pintu Utama ( Pintu A ).

Kebakaran dipercayai bermula dari bilik IWB ( Bilik Mesyuarat/IT)  yang mana telah berlaku kejadian lintar pintas.

Semua guru dan murid telah berkumpul di kawasan padang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian untuk diambil kehadiran sebelum bergerak menyeberang jalan raya ke kawasan Assembly Point  iaitu kawasan lapang Pancuran Air Yayasan SHHB. Beberapa orang ‘Fire Warden’ turut berperanan dalam sama-sama menjayakan latihan ini dengan memastikan murid-murid selamat menyeberangi jalanraya yang agak sesak.

Pasukan Bomba dan Penyelamat cawangan Bomba Sungai Lampai tiba di tempat kejadian dengan keupayaan seramai 7 orang anggota termasuk Pegawai Kanan Matassan Hj Yussof.
Senario latihan ini juga turut menyaksikan krew-krew Unit Siaran Luar, Radio Televisyen Brunei yang telah membuat liputan seawal pukul 2.20 petang.

Latihan berakhir kira-kira pukul 3.15 petang.

Ini adalah merupakan latihan kecemasan dan kebakaran yang julung-julung kalinya diusahakan oleh pihak sekolah. Kerjasama dan komitmen dari pihak bomba juga telah banyak menjayakan latihan ini.