Rabu, 8 Februari 2012

Majlis Penutup Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam 1433H

SUPDGHMS 4 Feb.

-  Majlis Penutup Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam 1433H telah berlangsung di bilik ibadat sekolah ini pada petang Sabtu 11 Rabiulawal 1433H bersamaan dengan 4 Februari 2012M.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang juga Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Norhalina binti Hj Amai. Acara dimulakan sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang berjemaah fardhu Zuhor. Dikir Ashrakal dipimpin oleh Cikgu Jamil bin Hj Moksin, Guru Kanan Al Quran yang juga membacakan doa penutup dikir dan doa selamat.

Sejak lebih kurang seminggu lalu, sekolah ini telah disemarakan dengan laungan Dikir Syarafil Anam pada setiap hari selepas menunaikan sembahyang fardhu Zuhor berjemaah. Semoga dengan adanya majlis yang menjadi salah satu aktiviti tahunan dalam kalendar sekolah akan dapat mencapai objektifnya dalam sama-sama menanamkan rasa kecintaan dan ingatan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam.

اللهم صلى وسلم وبارك عليه



 






- Guru Pengawas ICT
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan