Sabtu, 14 April 2012

Latihan Kecemasan Dan Kebakaran serta Pengosongan Bangunan 2012

SUPDGHMS, Isnin,  9 April 2012 -

Sekolah Ugama Pg DiGadong Hj Mohd Salleh telah mengadakan satu latihan kecemasan dan kebakaran (pengosongan bangunan) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Bomba Sungai Lampai pada hari ini.

Diantara objektif latihan tersebut ialah menguji kecekapan dan kepantasan guru-guru ketika menyelamatkan diri dan murid-muridnya keluar dari bangunan sekolah sekiranya berlaku kecemasan. Disamping itu untuk menguji kecekapan dan kepantasan  pasukan bimba dan penyelamat ketika menyelamat warga sekolah jika berlaku kebakaran disekolah ini.

Latihan kecemasan dan kebakaran (pengosongan bangunan) bermula tepat pujul 2.30 ptg apabila bunyi loceng/siren kecemasan diaktifkan. Pada masa yang sama Fire Marshall  ketika itu ( Cikgu Hjh Halimah binti Hj Bungsu) telah membuat penggilan kecemasan 995. ‘Fire Marshall’ kedua (Cikgu Mohd Yussof) telah membunyikan siren kedua (kerana bunyi loceng kecemasan pertama telah terpadam akibat tiada bekalan elektrik) dan mengarahkan murid Darjah Pra, I, III,  IV, V dan VI keluar melalui Pintu B dan C manakala Darjah II keluar melalui Pintu Utama ( Pintu A ).

Kebakaran dipercayai bermula dari bilik IWB ( Bilik Mesyuarat/IT)  yang mana telah berlaku kejadian lintar pintas.

Semua guru dan murid telah berkumpul di kawasan padang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian untuk diambil kehadiran sebelum bergerak menyeberang jalan raya ke kawasan Assembly Point  iaitu kawasan lapang Pancuran Air Yayasan SHHB. Beberapa orang ‘Fire Warden’ turut berperanan dalam sama-sama menjayakan latihan ini dengan memastikan murid-murid selamat menyeberangi jalanraya yang agak sesak.

Pasukan Bomba dan Penyelamat cawangan Bomba Sungai Lampai tiba di tempat kejadian dengan keupayaan seramai 7 orang anggota termasuk Pegawai Kanan Matassan Hj Yussof.
Senario latihan ini juga turut menyaksikan krew-krew Unit Siaran Luar, Radio Televisyen Brunei yang telah membuat liputan seawal pukul 2.20 petang.

Latihan berakhir kira-kira pukul 3.15 petang.

Ini adalah merupakan latihan kecemasan dan kebakaran yang julung-julung kalinya diusahakan oleh pihak sekolah. Kerjasama dan komitmen dari pihak bomba juga telah banyak menjayakan latihan ini.



 
 

 



















Sabtu, 25 Februari 2012

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 28 Negara Brunei Darussalam


“NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM

SUPDGHMS, Sabtu, 25 Februari 2012 -

Negara Brunei Darussalam telah menyambut Hari Kebangsaan kali ke 27 pada 23 Februari 2011 tahun ini dengan tema

'NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM'

Sehubungan dengan itu pihak sekolah tidak ketinggalan dalam sama-sama menyambut hari yang penuh bersejarah ini. Majlis sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada hari sabtu 25hb Februari 2012 dengan upacara menaikkan bendera kebangsaan diikuti dengan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.


LOGO HARI KEBANGSAAN 2012

Bersempena dengan itu juga pihak sekolah melalui Bahagian Aktiviti Dalaman Sekolah telah mengadakan peraduan mewarna logo Hari Kebangsaan kepada murid-murid Darjah Pra hingga Darjah III dan peraduan Kuiz Hari Kebangsaan bagi Darjah IV, V dan VI.

Acara bagi kuiz cukup meriah dengan celoteh dan lawak dari Cikgu Jamil bin Hj Moksin yang juga mengendalikan acara sebagai hos tetap sekolah.


Acara tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang mewarna logo Hari Kebangsaan yang telah disampaikan oleh guru besar SUPDGHMS, Cikgu Norhalina binti Hj Amai.


- gambar akan menyusul.....


Isnin, 13 Februari 2012

Keputusan Peperiksaan SSSRU 2011/1432 telah dikeluarkan

Alhamdulillah Sekolah Ugama Pg DiGadong Hj Md Salleh telah berjaya  mencapai keputusan 100% lulus...Tahniah kpd guru-guru yg Darjah VI dan juga guru-guru sabjek & murid-murid sesi pagi & ptg yg berusaha dgn penuh gigih dan bersungguh-sungguh hingga mencapai keputusan yang membanggakan ini....Tahniah juga kepada Ibu Bapa dan penjaga calon-calon yang juga memainkan peranan penting dalam peperiksaan ini. Tahniah sekali lagi .

- Perutusan Guru Besar


Keputusan Darjah VI (sesi ptg)



Keputusan Darjah VI (sesi pagi)

Rabu, 8 Februari 2012

Peraduan Dikir Syarafil Anam Antara Rumah-Rumah

SUPDGHMS 7 Feb.

.......... in progress update..be patience





ICT Department

Majlis Penutup Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam 1433H

SUPDGHMS 4 Feb.

-  Majlis Penutup Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam 1433H telah berlangsung di bilik ibadat sekolah ini pada petang Sabtu 11 Rabiulawal 1433H bersamaan dengan 4 Februari 2012M.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang juga Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Norhalina binti Hj Amai. Acara dimulakan sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang berjemaah fardhu Zuhor. Dikir Ashrakal dipimpin oleh Cikgu Jamil bin Hj Moksin, Guru Kanan Al Quran yang juga membacakan doa penutup dikir dan doa selamat.

Sejak lebih kurang seminggu lalu, sekolah ini telah disemarakan dengan laungan Dikir Syarafil Anam pada setiap hari selepas menunaikan sembahyang fardhu Zuhor berjemaah. Semoga dengan adanya majlis yang menjadi salah satu aktiviti tahunan dalam kalendar sekolah akan dapat mencapai objektifnya dalam sama-sama menanamkan rasa kecintaan dan ingatan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam.

اللهم صلى وسلم وبارك عليه



 






- Guru Pengawas ICT
   

Isnin, 6 Februari 2012

Gambar Guru-Guru & Murid-Murid Setiap Kelas Tahun 2012




GURU-GURU SESI PAGI DAN PETANG
SEKOLAH UGAMA PG DIGADONG HJ MD SALLEH
TAHUN 20I2M / 1433H



 GURU-GURU SESI PAGI


  GURU-GURU SESI PTG




BARISAN PREFEK-PREFEK TAHUN 20I2 (PTG)



KELAS-KELAS


DARJAH PRA ALIF


DARJAH 1 ALIF



DARJAH 2 ALIF

DARJAH 3 ALIF

DARJAH 4 ALIF


DARJAH 5 ALIF

















DARJAH 6 ALIF (PAGI)

DARJAH 6 ALIF (PTG)

Rabu, 25 Januari 2012

Majlis Pembukaan Dikir Maulud 1433H

SUPDGHMS - 25 Jan.
Majlis Pembukaan Dikir Maulidur Rasul Sekolah Ugama Pg DiGadong Hj Md Salleh sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam tahun 1433H/2012M berlangsung di bilik ibadat sekolah ini hari ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Guru Kanan Aktiviti, Cikgu Abd Rasyiid bin Hj Moksin dan seterusnya dikir Assalamu Alaika yang dipimpin guru-guru lelaki sekolah berkenaan.
Majlis ini merupakan aktiviti tahunan bagi sekolah ini khususnya Bahagian Jawatan Kuasa Aktiviti dengan kerjasama Jawatan Kuasa Amali Agama bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada tahun ini.
Antara tujuan majlis ini diadakan ialah untuk berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW dan untuk mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah Subahanahu Wataala dan Syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
Disamping itu untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid keatas diri Rasulullah SAW atas perjuangan dan susah payah baginda dalam menyebarkan ajaran agama Islam yang terus kekal dan kukuh hingga kehari ini.
Majlis ini akan terus diadakan setiap hari selepas sahaja menunaikan sembahyang fardhu Zuhor berjemaah hingga 4 Februari depan dengan mengetengahkan murid-murid dari Darjah IV, V dan VI untuk membawakan dikir-dikir Syarafil Anam.
Untuk itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan usaha berselawat sebanyak-banyaknya ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله و سلم: ‘من صلى علي في يوم ألف صلاة لم يمت حتى يبشر بالجنة’
Sesiapa selawat atasku sebanyak 1000 selawat satu hari, dia tidak akan mati kecuali dikhabarkan kepadanya ia akan dimasukkan kedalam Syurga.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى علي في يوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة: سبعين منها لآخرته و ثلاثين منها لدنياه’.


Sesiapa selawat atasku pada satu hati 100 kali, Allah akan menunaikan 100 hajatnya, 70 hajat akan ditunaikan di Akhirat dan 30 hajat lagi akan ditunaikan di dunia.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى على حين يصبح عشرا وحين يمسى عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة’.
Sesiapa berselawat atasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang, maka ia kan mendapat shufaatKu apad hari Qiamat.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات ورفع له عشردرجات’.
Sesiapa berselawat satu kali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat 10 darjat ketinggian.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘ما من أحد يسلم علي إلا رد الله علي روحي حتى أرد عليه السلام’




Cikgu Abd Rasyiid * Cikgu Jamil * Cikgu Yussof

Murid-murid bersemangat membawakan Dikir السلام عليك ...