Rabu, 25 Januari 2012

Majlis Pembukaan Dikir Maulud 1433H

SUPDGHMS - 25 Jan.
Majlis Pembukaan Dikir Maulidur Rasul Sekolah Ugama Pg DiGadong Hj Md Salleh sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam tahun 1433H/2012M berlangsung di bilik ibadat sekolah ini hari ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Guru Kanan Aktiviti, Cikgu Abd Rasyiid bin Hj Moksin dan seterusnya dikir Assalamu Alaika yang dipimpin guru-guru lelaki sekolah berkenaan.
Majlis ini merupakan aktiviti tahunan bagi sekolah ini khususnya Bahagian Jawatan Kuasa Aktiviti dengan kerjasama Jawatan Kuasa Amali Agama bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada tahun ini.
Antara tujuan majlis ini diadakan ialah untuk berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW dan untuk mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah Subahanahu Wataala dan Syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
Disamping itu untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid keatas diri Rasulullah SAW atas perjuangan dan susah payah baginda dalam menyebarkan ajaran agama Islam yang terus kekal dan kukuh hingga kehari ini.
Majlis ini akan terus diadakan setiap hari selepas sahaja menunaikan sembahyang fardhu Zuhor berjemaah hingga 4 Februari depan dengan mengetengahkan murid-murid dari Darjah IV, V dan VI untuk membawakan dikir-dikir Syarafil Anam.
Untuk itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan usaha berselawat sebanyak-banyaknya ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله و سلم: ‘من صلى علي في يوم ألف صلاة لم يمت حتى يبشر بالجنة’
Sesiapa selawat atasku sebanyak 1000 selawat satu hari, dia tidak akan mati kecuali dikhabarkan kepadanya ia akan dimasukkan kedalam Syurga.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى علي في يوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة: سبعين منها لآخرته و ثلاثين منها لدنياه’.


Sesiapa selawat atasku pada satu hati 100 kali, Allah akan menunaikan 100 hajatnya, 70 hajat akan ditunaikan di Akhirat dan 30 hajat lagi akan ditunaikan di dunia.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى على حين يصبح عشرا وحين يمسى عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة’.
Sesiapa berselawat atasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang, maka ia kan mendapat shufaatKu apad hari Qiamat.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات ورفع له عشردرجات’.
Sesiapa berselawat satu kali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat 10 darjat ketinggian.

و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘ما من أحد يسلم علي إلا رد الله علي روحي حتى أرد عليه السلام’




Cikgu Abd Rasyiid * Cikgu Jamil * Cikgu Yussof

Murid-murid bersemangat membawakan Dikir السلام عليك ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan