Ahad, 17 April 2011

Taklimat Dari BKN ( Biro Kawalan Narkotik )

SUPDGHMS, Rabu, 16 Mac. - Murid-murid Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Haji Mohd Salleh (ptg), berpeluang mengikuti satu sesi ceramah dari Biro Kawalan Narkotik yang diadakan pada sebelah petang.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah Fatihah oleh Cikgu Khairul Anuar bin Zulkifli dan diselajurkan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan Aktiviti, Cikgu Mohd Yussof bin Mohd Noor.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Shahrom bin Hj Abu Bakar Putih, pegawai dari Biro Kawalan Narkotik (BKN). Beliau memulakan sesi taklimat dengan menerangkan Misi dan Visi BKN seterusnya peranan yang dimainkan oleh BKN khususnya dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah di negara ini.


Sebahagian dari murid-murid dan guru-guru yang khusyuk mendengar ceramah dari 'Uncle Om'

Dengan pengalaman interaksi yang ada, majlis petang itu berjalan dengan penuh berjaya..
"Uncle Om, kalau ku menjawab dapat hadiah ni?" 
[mungkin itu yang diperkatakan oleh murid-murid ini]


Dalam sesi ceramah tersebut, beliau menyentuh tentang jenis-jenis dadah yang disalahguna, denda-denda yang berakibat dari penggunaan dan pengedaran dadah serta akibat-akibat yang ditanggong oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Nasihat dan peringatan yang diberikan pada ceramah petang itu telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat warga sekolah tentang buruknya akibat dari terjerumus kedalam najis dadah.


Majlis petang itu diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan dari pihak sekolah.


Jumaat, 18 Mac 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Jabatan Penjara, Jerudong

JABATAN PENJARA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI



SUPDGHMS, Khamis, 17 Mac. - Seramai 3 orang guru dan 35 orang murid dari Darjah IV, V dan VI (sesi ptg) telah berkesempatan membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Penjara, Jerudong pada ptg tadi.

Ketibaan rombongan disambut oleh Sarjan Roslan  dengan sesi pengenalan dan taklimat mengenai Misi dan Visi serta Struktur Pentadbiran Jabatan Penjara, Jerudong dengan panjang lebar.

Sebelum menyaksikan demonstrasi 'Sebatan', rombongan dijamu dengan minum petang.

Lawatan diisi dengan demonstrasi 'SEBAT'  dan lawatan ke galeri Jabatan Penjara. Galeri Jabatan Penjara menempatkan gambar-gambar tentang sejarah Jabatan Penjara hingga ke hari ini dan juga hasil kraftangan oleh para banduan.

Juga terdapat sebuah replika sebenar bilik banduan dan juga tempat menggantung pesalah yang dijatuhkan hukuman gantung.

Sesi lawatan berakhir tepat jam 4.00 petang. dengan sesi bergambar ramai.





Rabu, 16 Mac 2011

Taklimat Pengosongan Bangunan Dari Pihak Bomba & Penyelamat



SUPDGHMS, Rabu, 16 Mac.  Seramai 2 orang pegawai dari Jabatan  Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi ‘D’ berkesempatan meluangkan masa mengadakan sesi taklimat mengenai tatacara dan prosedur pengosongan bangunan jika terjadi sebarang kecemasan seperti kebakaran kepada pegawai-pegawai dan guru-guru serta murid-murid Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Hj Md Salleh, Brunei 1. Ianya diungkayah bersama oleh Bahagian Perkembangan Staff sekolah ini dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Bangunan.
Seramai 9 orang pegawai-pegawai dan guru-guru serta 30 orang murid-murid Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Haji Mohd Salleh (sesi pagi) berpeluang mengikuti taklimat pengosongan bangunan yang diadakan buat julung-julung kalinya.
Taklimat pagi ini dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah oleh Cikgu Khairul Anuar bin Zulkiflie dan seterusnya ucapan alu-aluan. Diantara objektif sesi taklimat pada hari ini ialah sebagai pendedahan dan persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan berupa kecemasan yang tidak diduga seperti kebakaran dan sebagainya. Ianya juga memberikan satu garis pandu kepada guru-guru dalam berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.
Dalam sesi taklimat tersebut, pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba & Penyelamat khususnya dari cawangan operasi ‘D’ telah menerangkan dengan panjang lebar tentang sejarah penubuhan pasukan bomba, peralatan-peralatan pemadam api yang digunapakai dan prosedur pengosongan bangunan serta sempat berkongsi pengalaman suka-duka dan pahit-manis sepanjang berkhidmat dengan pasukan bomba.
Praktikal pengosongan bangunan hanya bermula pada jam 10.45 pagi dengan mengikut standard dan prosedur sebagaimana yang telah diterangkan pada awal taklimat tadi. Satu tempat perkumpulan (Assembly Point) telah dikenalpasti iaitu berhampiran dengan bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).
Sesi taklimat pada pagi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan dari pihak sekolah yang disampaikan oleh cikgu Norhalina binti Hj Amai, guru besar SUPDGHMS.






 Antara gambar-gambar yang sempat dikongsi


Peralatan pemadam api yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah







Isnin, 14 Mac 2011

Pemilihan Peraduan Tulisan Jawi 2011

SUPDGHMS, Sabtu, 12 Mac 2011 - Pada tahun ini, pihak sekolah sekali lagi tidak ketinggalan dalam sama-sma menjayakan program tahunan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) iaitu dalam pencarian bakat-bakat penulis khat jawi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah ke pertandingan peringkat seterusnya.

Sebagaimana dimaklumi, pihak sekolah hanya menghantar 6 kategori sahaja iaitu :

1. Murid Darjah Pra ( Kategori A )
2. Murid Darjah 1 ( Kategori B )
3. Murid darjah 11 ( Kategori C )
4. Murid Darjah 111 ( Kategori D )
5. Murid Darjah 1V ( Kategori E )
6. Murid Darjah V ( Kategori F ) dan
7. Murid Darjah VI ( Kategori G )


Peraduan ini di hasratkan bagi mencungkil bakat yang ada pada diri murid-murid selain menanamkan rasa kecintaan terhadap seni warisan khazanah dalam penulisan khat jawi yang terkenal dengan ketinggian mutu seni sejak zaman berzaman agar ianya tidak pupus ditelan kemajuan teknologi yang semakin kompleks sejak akhir-akhir ini.

Pemilihan peraduan pada hari ini sempat dirakamkan oleh wartawan sambilan kami yang sempat merakam aksi-aksi menarik dan detik-detik cemas sepanjang pemilihan tersebut.... ; )




Ketekunan Asas Kejayaan....



Bakal Pelapis Penulis Khat Negara....hehehe...




Jaga-jaga meleleh air liur lai....hahahaha...










Khamis, 3 Mac 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H

!$tBur y7»oYù=yör& žwÎ) Zp©ù!$Ÿ2 Ĩ$¨Y=Ïj9 #ZŽÏ±o0 #\ƒÉtRur £`Å3»s9ur uŽsYò2r& Ĩ$¨Z9$# Ÿw šcqßJn=ôètƒ ÇËÑÈ
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya (sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui (hakikat itu 

Sekolah Ugama Pg DiGadong Haji Mohd Salleh pada tahun ini sebagaimana lazimnya mengadakan sambutan sempena memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, bermula pada 1 Rabiulawal 1432H pihak sekolah khususnya Bahagian Aktiviti (ECA) dengan kerjasama Bahagian Amali tidak ketinggalan dalam sama-sama menyemarakan hari bersejarah dalam kalendar Islam tersebut.

Ianya diisi dengan majlis berdikir yang diadakan setiap hari bermula pada 5hb Februari 2011 selepas menunaikan sembahyang berjemaah fardhu Zuhor. Ianya dihasratkan agar semua warga sekolah sama-sama menghayati dan memperingati akan perjuangan dan pengorbanan Rasulullah S.A.W dalam mengembangkan dan menegakkan agama Islam hingga mencapai kegemilangan dan kejayaan sebagaimana yang dapat dirasai pada hari ini.

Bahagian Aktiviti sekolah juga sempat mengadakan peraduan Dikir Syarafil Anam antara rumah-rumah pada 17hb Februari 2011 (sesi ptg) dan pada 16hb Februari 2011 (sesi pagi).  Pada tahun ini peserta lelaki dan perempuan dari Rumah Merah telah berjaya muncul sebagai Johan keseluruhan (sesi ptg). Guru Besar SUPDGHMS, Cikgu Norhalina binti Hj Amai telah menyampaikan hadiah-hadiah pada pemenang-pemenang pada petang tersebut.

Majlis pada hari tersebut berakhir dengan Doa Selamat.


PESERTA LELAKI
RUMAH MERAH (JOHAN)


RUMAH BIRU (NAIB JOHAN)

 RUMAH HIJAU (KETIGA)


RUMAH KUNING (KEEMPAT)

PESERTA PEREMPUAN









Selasa, 1 Mac 2011

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah dibina pada awal tahun 1966 dan mula digunakan pada
13hb Jun 1966 dengan nama

SEKOLAH MELAYU KAMPONG SULTAN LAMA



1966
Bangunannya terletak di tepi lagun Masjid Omar Ali Saifuddin.Keramaian muridnya pada masa itu  berjumlah 32 orang iaitu dari Darjah 1 hingga 3 sahaja. Guru Besarnya pada ketika itu ialah Cikgu Abd Rahman bin Hj Othman.

Pada tahun 1975, sebuah bangunan baru telah dibina untuk 
menggantikan bangunan lama dengan nama

SEKOLAH RENDAH PENGIRAN DIGADONG HAJI MOHD SALLEH

Pada bulan Mac 2005, sekolah ini telah ditutup kerana bilangan muridnya tidak lagi ramai dan kebanyakkan murid-muridnya  telah dipindahkan ke Sekolah rendah Dato Godam.
Pada bulan Julai 2005, sekolah ini telah dijadikan sekolah ugama sepenuhnya dengan diberikan nama

SEKOLAH UGAMA PENGIRAN DIGADONG HAJI MOHD SALLEH



2011


2012