Sekolah ini telah dibina pada awal tahun 1966 dan mula digunakan pada
13hb Jun 1966 dengan nama
SEKOLAH MELAYU KAMPONG SULTAN LAMA
Bangunannya terletak di tepi lagun Masjid Omar Ali Saifuddin.Keramaian muridnya pada masa itu berjumlah 32 orang iaitu dari Darjah 1 hingga 3 sahaja. Guru Besarnya pada ketika itu ialah Cikgu Abd Rahman bin Hj Othman.
Pada tahun 1975, sebuah bangunan baru telah dibina untuk
menggantikan bangunan lama dengan nama
SEKOLAH RENDAH PENGIRAN DIGADONG HAJI MOHD SALLEH
Pada bulan Mac 2005, sekolah ini telah ditutup kerana bilangan muridnya tidak lagi ramai dan kebanyakkan murid-muridnya telah dipindahkan ke Sekolah rendah Dato Godam.
Pada bulan Julai 2005, sekolah ini telah dijadikan sekolah ugama sepenuhnya dengan diberikan nama
SEKOLAH UGAMA PENGIRAN DIGADONG HAJI MOHD SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan