Rabu, 16 Mac 2011

Taklimat Pengosongan Bangunan Dari Pihak Bomba & Penyelamat



SUPDGHMS, Rabu, 16 Mac.  Seramai 2 orang pegawai dari Jabatan  Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi ‘D’ berkesempatan meluangkan masa mengadakan sesi taklimat mengenai tatacara dan prosedur pengosongan bangunan jika terjadi sebarang kecemasan seperti kebakaran kepada pegawai-pegawai dan guru-guru serta murid-murid Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Hj Md Salleh, Brunei 1. Ianya diungkayah bersama oleh Bahagian Perkembangan Staff sekolah ini dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Bangunan.
Seramai 9 orang pegawai-pegawai dan guru-guru serta 30 orang murid-murid Sekolah Ugama Pengiran DiGadong Haji Mohd Salleh (sesi pagi) berpeluang mengikuti taklimat pengosongan bangunan yang diadakan buat julung-julung kalinya.
Taklimat pagi ini dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah oleh Cikgu Khairul Anuar bin Zulkiflie dan seterusnya ucapan alu-aluan. Diantara objektif sesi taklimat pada hari ini ialah sebagai pendedahan dan persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan berupa kecemasan yang tidak diduga seperti kebakaran dan sebagainya. Ianya juga memberikan satu garis pandu kepada guru-guru dalam berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.
Dalam sesi taklimat tersebut, pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba & Penyelamat khususnya dari cawangan operasi ‘D’ telah menerangkan dengan panjang lebar tentang sejarah penubuhan pasukan bomba, peralatan-peralatan pemadam api yang digunapakai dan prosedur pengosongan bangunan serta sempat berkongsi pengalaman suka-duka dan pahit-manis sepanjang berkhidmat dengan pasukan bomba.
Praktikal pengosongan bangunan hanya bermula pada jam 10.45 pagi dengan mengikut standard dan prosedur sebagaimana yang telah diterangkan pada awal taklimat tadi. Satu tempat perkumpulan (Assembly Point) telah dikenalpasti iaitu berhampiran dengan bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).
Sesi taklimat pada pagi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan dari pihak sekolah yang disampaikan oleh cikgu Norhalina binti Hj Amai, guru besar SUPDGHMS.






 Antara gambar-gambar yang sempat dikongsi


Peralatan pemadam api yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah







Tiada ulasan:

Catat Ulasan