Selasa, 17 Januari 2012

Perlantikkan Prefek-Prefek Dan Program 3K 20I2

SUPDGHMS, Selasa, 17 Januari.  Seramai 12 orang murid-murid Darjah IV, V dan VI terdiri dari 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan telah dilantik menjadi Prefek bagi tahun 2012M/1433H. Perlantikkan tersebut berlangsung di Bilik Ibadat Sekolah Ugama Pg Di Gadong Hj Md Salleh dimana guru besar Cikgu Norhalina binti Hj Amai telah berkenan menyampaikan lencana Prefek kepada murid-murid yang telah terpilih.

Majlis pada petang tersebut diselajurkan dengan penyampaian lencana kepada ahli-ahli bagi Program 3K sekolah ini yang juga disampaikan oleh Guru Besar, Cikgu Norhalina binti Hj Amai. Lantikan ahli-ahli tersebut merupakan julung-julung kalinya diwujudkan di sekolah ini dan ianya diharapkan akan dapat membantu guru-guru dalam menjayakan dan melancarkan lagi program berkenaan dalam sama-sama merealisasikan konsep sekolah yang kondusif dan selesa iaitu menjurus kepada Kebersihan, Kecantikkan dan Keindahan sekolah.

Majlis diisi dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Norhalina binti Hj Amai dengan menekankan akan komitmen prefek-prefek yang dilantik agar sentiasa menanamkan sifat bertanggung-jawab, jujur lagi amanah tanpa mengabaikan kepentingan akademik dan kokurikulum sekolah. Beliau juga sempat menasihatkan kepada semua murid-murid supaya memberikan kerjasama yang penuh kepada para prefek kerana mereka merupakan mata dan telinga guru-guru di sekolah ini. Ianya adalah demi kemajuan, keselesaan dan kecemerlangan para murid sekalian sesuai dengan misi dan visi sekolah ini yang mementingkan kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Seterusnya ikrar Prefek-prefek diketuai oleh Ketua Prefek Awg Sarisan bin Awang Idris.

Majlis pada petang tersebut diakhiri dengan doa khas oleh Ckgu Jamil bin Hj Moksin, Guru Kanan Al Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan